Wednesday, March 9, 2011

Silap Pilih ! Rosak Hari Bahagia !!




Andaman dan solekan amat penting kepada bakal pengantin untuk menambah seri hari perkahwinan. Lazimnya, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam yang disertakan bersama pakej perkahwinan.

Pengantin sememangnya menaruh perhatian yang besar dalam pememilihan penata rias dan penata rambut. Keseluruhannnya, dapat difahamkan banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum menjelang hari bahagia tersebut. Pakar perancang dan perunding perkahwinan sememang tumbuh bak cendawan boleh didapati banyak di pasaran kini. Oleh itu, apabila menyentuh bab perkahwinan ini, pakar perancang dan perunding perkahwinan inilah yang akan menjadi penentu dan pelengkap hari bahagia anda..



Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan, antaranya seperti berikut:

• Pendapat dari rakan-rakan dan membuat beberapa perbandingan di antara sebilangan pakej perkahwinan yang ada ditawarkan.

• Portfolio kerja konsultan

• Tren atau konsep tersendiri jika itu yang anda inginkan.

• Adakah pakej tersebut meliputi kos tambahan dan hal-hal berkaitan kelak?


Mekap dan rambut yang tidak kena, boleh membuat atau menghancurkan pandangan pengantin wanita pada hari perkahwinan anda. Oleh itu, panduan atau tips-tips dari juru rias dan penata rambut yang tepat sangat penting kerana mereka lah orang yang akan meningkatkan penampilan anda pada hari bahagia anda.

Untuk mendapatkan kualiti andaman dan solekan yang terbaik dan lebih menarik, atau jika anda mempunyai bajet yang lebih, pilihlah mak andam atau juru mekap yang professional secara berasingan.

Buat sesi percubaan, atau setidak tidaknya, lihat contoh gambar solekan yang telah dilakukan oleh mak andam pada pelanggan mereka sebelum ini. Ia juga adalah untuk mengelakkan ketidakpuas hatian pada hasil solekan mak andam yang anda pilih nanti.




Beberapa tips:

• Mulakan dari awal. Tinjau sekurang-kurangnya dua penata rambut dan juru makeup sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perkahwinan anda. Temui mereka secara peribadi dan melihat portfolio mereka.

• Kaji pengalaman mereka. Pastikan bahawa mereka mempunyai pengalaman dalam selok belok melakukan rambut dan makeup.kalau boleh dapatkan yang mempunyai trend sendiri dan menarik.

• Penilaian/teliti. Jika anda senang dengan kerja mereka dan tempahlah mereka lebih awal dan bukan pada saat-saat akhir.

• Eksklusif. Jelaskan bahawa anda mengharapkan mereka dan kalau boleh ingatkan mereka hanya mereka yang sesuai pada hari perkahwinan anda. Oleh kerana itu mereka akan menumpukan seluruh perhatian mereka pada anda.

setiap pengantin perlu menyeimbangkan beberapa faktor yang meliputi:

• Kos anggaran.

• Gaya.

• Profesionalisme.

• Keperibadian pengantin.


Di samping solekan dan andaman dihari perkahwinan nanti, calon mempelai boleh mempersiapkan diri dengan sesi rawatan kecantikan diri. Melalui beberapa sesi khas rawatan badan dari luaran serta aspek dalaman, bakal pengantin akan kelihatan lebih segar, ceria, cantik dan menawan sepanjang masa.

Terdapat pelbagai khidmat rawatan kecantikan khas untuk bakal-bakal pengantin yang boleh didapati di mana-mana salun kecantikan atau mana-mana pusat yang menawarkan pakej kecantikan, butik pengantin, khidmat runding imej dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment