Tuesday, July 10, 2012

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum sahabah/sahabiah sekalian, 

Terlebih dahulu sy ingin memohon maaf kerana kesibukan dan kekangan waktu memyebabkan sudah lama tinggalkan laman blog ini.. Niat dihati hendak berkongsi dan menceritakan pelbagai perkara dan aspek untuk dijadikan panduan atau pembuka minda.Akan tetapi lumrah hidup, sebagai khalifah ALLAH, kita diberi pelbagai tujuan dan matlamat yang perlu dilaksanakan. Maka sy dahulukan perkara yang lebih berhak. 

Sebelum ini artikel2 sy adalah artikel yang di ambil dari carian-carian di internet dan kawan2, InsyaALLAH, selepas ini, akan sy menulis dan rumuskan melalui pengalaman hidup,bacaan dan juga hasil kajian saya sendiri. sy mengharapkan artikel sy akan membuka minda dan mengubah cara pemikiran kita kearah positif. 

Jazakallah Khaira 
Zinnirah Muthalif.

Wednesday, June 1, 2011

MANA LEBIH BAIK MENIPU ATAU DITIPU

Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyi lebih kurang sama. Tetapi yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?





KAK PAH TERTIPU

"Sudah dikecek,
dikecong pula."


Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari sekali. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Menyalahkan takdir seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekirannya, kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. John Santayana pernah berkata, “Celakalah manusia yang mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan.”

Kenyataan John Santayana ini disebenarnya telah disuarakan sendiri oleh Nabi Muhammad pada 1500 tahun lalu. Kata baginda, “Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang" (Sahih Muslim). Apakah segnifikannya hadith di atas terhadap diri manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslim yang mukmin, seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan Islam membawa panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua makhluk.

“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.”



Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair berbahasa Arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksaan itu tidak datang pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Sama ada mahu menjadi Bijak atau Jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana mereka tidak akan menipu dan tertipu.


SAYA GURAU SAHAJA

“Siapakap senohong, Gelama ikan Duri, Bercakap bohong, lama-lama mencuri.”


Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang Melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa. Ungkapannya indah, halus bunyinya dan mendalam isinya. Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri penipu, tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu dan tertipu. Kerana orang yang bergantung harap kepada Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertipu. Artikel ini diharapkan dapat memberi teguran dan peringatan untuk kita bersama, termasuklah kepada diri penulis. Kepada Allah segalanya dikembalikan..

Friday, March 11, 2011

Adat Resam Perkahwinan (Malam berinai)

Masyarakat melayu sangat berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai dapat memberikan impak yang besar dalam kehidupan. Bagi masyarakat melayu,adat resam sangat dititikberatkan. Bak kata pepatah,"biar mati anak jangan mati adat". Adat perkahwinan melayu merupakan adat resam yang paling dipegang teguh oleh kebanyakkan orang melayu.

Malam Berinai merupakan satu majlis keramaian yang dilaksanakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu / Mamak atau jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar.

Berinai Kecil
Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

Pada majlis Berinai Kecil inilah keluarga terdekat khususnya saudara mara si gadis akan menghadiahkan barang kemas berupa cincin, gelang mahupun rantai bagi merestui pernikahan si gadis dengan jejaka pilihan hati. Sewaktu bersanding di pelamin, saudara mara terdekat akan mula menginaikan si gadis di atas pelamin disertakan ucapan-ucapan tahniah dan kegembiraan. Ada sesetengah tempat, si gadis akan menerima suapan berupa manisan atau gula dari saudara mara menandakan ahli keluarga mendoakan yang baik-baik sahaja untuk masa depan pasangan mempelai. Cenderahati berupa manisan, hadiah kecil ataupun bunga telur akan diberikan kepada tetamu yang menginaikan si gadis sebagai tanda ucapan terima kasih di atas restu dan hadiah-hadiah yang diberikan.

Berinai Besar
Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.

Sememangnya Majlis Berinai Kecil mahupun Majlis Berinai Besar mempunyai simbolik dan keistimewaan tersendiri. Masyarakat dahulu amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama jiran sekampung. Berbeza dengan zaman sekarang, tidak ramai yang masih mengekalkan adat dan budaya kerana kehidupan di bandar tidak lagi mengamalkan sikap saling tolong menolong dan ramah mesra sesama jiran tetangga. Kos perbelanjaan perkahwinan waktu itu tidaklah terlalu besar kerana jiran tetangga saling memberikan bantuan samada dari segi kewangan mahupun barangan dapur yang dapat digunakan bagi mengadakan sesebuah majlis. Berbanding sekarang, kos perbelanjaan berpuluh ribu hanya dapat digunakan untuk satu majlis kerana kos tempahan katering dan dewan memakan belanja yang amat besar berbanding konsep gotong royong.

Semoga artikel ini membantu. Terima kasih.

Wednesday, March 9, 2011

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin

Berikut adalah senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan. Sila cetak dan tandakan perkara yang telah anda lakukan.


MERISIK:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:

* Cincin belah rotan. (cincin tanda)
* Wang tanda (hantaran)
* Baju sepasang atau kain
* Buah-buahan
* Kuih-muih
* Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
* Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
* Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
* Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
* Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
* Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
* Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.


PADA HARI PERTUNANGAN:
* Cincin berlian
* Sirih junjung
* Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
* Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


MALAM BERINAI:
* Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
* Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.




Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.



LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
* Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
* Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
* Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
* Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
* Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
* Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
* Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)


Bagi pengantin lelaki
* Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.



LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
* Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
* Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
* Membeli cincin kahwin.
* Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
* Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
* Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
* Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
* Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.



TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
* Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
* Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
* Rawatan intensif muka, badan dan rambut.


Bagi pengantin lelaki:
* Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
* Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.



Bagi pengantin perempuan:
* Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda. Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan
* Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)



DUA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Membeli barang kemas
* Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
* Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
* Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)



TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
* Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.


Bagi pengantin perempuan:
* Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).




TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

* Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
* Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
* Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
* Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
* Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
* Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
* Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.


Bagi pengantin lelaki:
* Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.


Bagi pengantin perempuan:
* Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
* Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)



PADA HARI PERNIKAHAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.


Bagi pengantin lelaki:
* Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
* Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
* Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
* Cincin / gelang tangan / rantai.
* Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
* Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
* Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
* Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
* Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.



PADA HARI PERKAHWINAN:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
* Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
* Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
* Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.


Bagi pengantin lelaki:
* Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
* Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung


Bagi pengantin perempuan:
* Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.



TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:

* Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak

Peranan Mak Andam Di Majlis Perkahwinan


"Bakal pengantin perempuan kini lebih gemar guna khidmat jurusolek moden"



Melangkah ke alam perkahwinan bagi kebanyakan bakal pengantin ia adalah sesuatu yang mendebarkan. Malah, semakin hampir tarikh yang ditetapkan, semakin itulah kencangnya debaran di hati apabila menantikan saat itu.

Menyedari perkara itulah pada zaman dulu, mak andam adalah antara individu yang sangat penting di dalam sesebuah majlis perkahwinan orang Melayu. Sebut saja hal perkahwinan mesti ada mak andam yang bertanggungjawab secara menyeluruh; daripada menjaga protokol majlis hinggalah kepada kesempurnaan penampilan pengantin termasuk, menjaga pengantin secara rohani dan jasmani.

Apa yang pasti, pengisian rohani bagi bakal pengantin yang akan menaiki jinjang pelamin oleh mak andam dilihat begitu penting dijaga agar mempelai berasa lebih tenang, tidak gemuruh dan yakin khususnya ketika bersanding di atas pelamin.

Begitu juga dengan penjagaan jasmani supaya pengantin kelihatan cantik, berseri dan sopan. Detik itu, pengantin akan dilihat mulia apabila dijaga oleh mak andam dan ia ibarat Mak Inang yang menjaga puteri raja.

Lebih unik dan menariknya, bagi masyarakat Melayu zaman dulu, adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan dibuat lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan.

Anak dara yang akan memasuki alam perkahwinan akan diandam oleh juruandam dan sudah dikenali memang kerjanya mengambil upah menjadi ‘emak pengantin’.

Juruandam, Meriam Sedit atau lebih dikenali sebagai Kak Yan, berkata walaupun adat berandam jarang dilakukan hari ini, ia sewajarnya dikekalkan sebagai persediaan awal bakal pengantin menghadapi segala kemungkinan hari bersejarah iaitu pada hari perkahwinannya.

Kak Yan, berkata ramai daripada kalangan kita yang tidak mahu berandam kerana menganggapnya kerja remeh dan lebih-lebih lagi kebanyakannya sibuk dengan urusan harian serta sering diburu masa walaupun hari perkahwinan sudah semakin dekat.

“Ada juga yang tidak mempercayai mengenai adat berandam ini dan menganggapnya sebagai karut semata tanpa mengetahui kepentingan kepada bakal pengantin itu sendiri. Tetapi bagi saya, pengantin mesti berandam kerana adat ini adalah proses menaikkan seri pengantin dan perbezaan wajah akan ketara jika bakal pengantin tidak diandam berbanding dengan yang diandam,” katanya ketika di temui di butik andaman milik sendiri yang dikenali Yan Seri Andam.

Beliau yang berpengalaman 20 tahun dalam bidang mengandam berkata, berandam sebenarnya membentuk disiplin, di samping membantu pengantin memadamkan rasa gelisah dalam diri dan supaya tampak manis serta sentiasa tertib atau tidak ‘lepas laku’ ketika bersanding.

Katanya, pada masa kini ramai yang menganggap, kerja mengandam sekadar membuat solekan muka dan dandanan rambut saja. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa mak andam ada tanggungjawab tersendiri dan seharusnya melengkapkan diri dengan keperluan yang lengkap apabila memulakan urusan mengandam. Tugas mengandam pula merangkumi dari hujung rambut hingga ke kaki.

“Apabila memperkatakan berandam pengantin, ramai di kalangan kita yang hanya mengaitkannya memantis dan mencukur kening, tetapi sebenarnya ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan Mak Andam.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan dalam adat potong andam sememangnya perkara sedemikian dilakukan kepada pengantin dan antara tujuan utamanya, diumpamakan sebagai mencari ketenangan di dalam diri mereka.

“Aspek psikologi dalam diri bakal si pengantin harus diambil kira memandangkan dia akan melangkah ke alam baru yang lebih bermakna,” katanya.

Kak Yan berkata, oleh kerana pasangan yang hendak berkahwin dihimpit ujian oleh godaan syaitan maka ayat dan surah al-Quran akan digunakan serta dibaca kepada pengantin sebagai ‘pendinding’ supaya dapat menempuh hari perkahwinan tanpa ada sebarang kecacatan.

Bacaan dan surah yang biasa digunakan seperti ayat Kursi, al-Fatihah, surah Yusuf serta selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

“Membaca doa seumpama itu penting untuk memantapkan rohani pengantin dan sebagai usaha memohon kepada Allah agar sempurna semuanya sehinggalah ke akhir majlis perkahwinan itu.

“Pokoknya, doa yang dibaca adalah untuk meminta kesejahteraan pengantin dan memastikan dirinya cantik seperti bidadari atau hebat setiap kali tetamu memandangnya serta dijauhkan daripada sebarang khianat dan malapetaka,” katanya.

Mengenai acara yang dilakukan dalam adat berandam, Kak Yan berkata, antaranya termasuklah mandi bunga. Biasanya pelbagai jenis bunga digunakan dan ia diramas terlebih dulu untuk mengambil pati sarinya kemudian dicampurkan ke dalam air sebelum pengantin berendam di dalamnya.

Antara tujuan mandi bunga ialah meredakan emosi dan menyegarkan badan. Malah, secara saintifik dan mengikut hukum fizik tenaga air dan haruman bunga sebenarnya memang berupaya unt uk memberikan keharmonian dan kesejahteraan pada minda serta fizikal.

Ketika ditanya tujuan mencukur bulu roma pada wajah katanya, ia membolehkan solekan tampak lebih daripada biasa di samping, jika pengantin berpeluh ia tidak mengalir di celah bulu roma sehingga menjejaskan solekan. Memantis kening pula adalah bertujuan untuk membezakan antara lelaki dan perempuan.

Bagaimanapun, apa yang pasti hari ini peranan mak andam walaupun dilihat masih penting dan diperlukan, tugas dipikul tidaklah seberat dulu yang terpaksa menjaga bakal pengantin dari awal hingga selesai majlis perkahwinan.

Tugas utama yang dilakukan juruandam hari ini sebaliknya, lebih menitikberatkan dandanan dan menyolek paras wajah pengantin supaya tampak jelita serta berbeza daripada solekan hari-hari biasa serta memastikan persalinan pakaian mempelai lengkap dan secocok digayakan.

Malah, bagi masyarakat bandar dan individu yang dilingkari gaya hidup moden, kebanyakan tugas Mak Andam lebih banyak diganti atau diambilalih oleh jurusolek. Selain itu dulu mak andam lazimnya di kalangan orang tua yang berkemahiran dan berpengetahuan luas, khususnya berkaitan rahsia serta hal rumah tangga dan membuatkan dirinya dihormati masyarakat.

Kini, usia bukan lagi persoalan utama untuk bergelar mak andam dan ada kala individu yang menjadi juru andam masih lagi anak dara atau belum ada pengalaman melalui gerbang perkahwinan. Apa yang lebih penting, selagi mempunyai kemahiran bersolek dan berdandan, ia sudah cukup syarat untuk melaksanakan tugas sebagai juru andam.

Silap Pilih ! Rosak Hari Bahagia !!




Andaman dan solekan amat penting kepada bakal pengantin untuk menambah seri hari perkahwinan. Lazimnya, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam yang disertakan bersama pakej perkahwinan.

Pengantin sememangnya menaruh perhatian yang besar dalam pememilihan penata rias dan penata rambut. Keseluruhannnya, dapat difahamkan banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum menjelang hari bahagia tersebut. Pakar perancang dan perunding perkahwinan sememang tumbuh bak cendawan boleh didapati banyak di pasaran kini. Oleh itu, apabila menyentuh bab perkahwinan ini, pakar perancang dan perunding perkahwinan inilah yang akan menjadi penentu dan pelengkap hari bahagia anda..



Beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pemilihan, antaranya seperti berikut:

• Pendapat dari rakan-rakan dan membuat beberapa perbandingan di antara sebilangan pakej perkahwinan yang ada ditawarkan.

• Portfolio kerja konsultan

• Tren atau konsep tersendiri jika itu yang anda inginkan.

• Adakah pakej tersebut meliputi kos tambahan dan hal-hal berkaitan kelak?


Mekap dan rambut yang tidak kena, boleh membuat atau menghancurkan pandangan pengantin wanita pada hari perkahwinan anda. Oleh itu, panduan atau tips-tips dari juru rias dan penata rambut yang tepat sangat penting kerana mereka lah orang yang akan meningkatkan penampilan anda pada hari bahagia anda.

Untuk mendapatkan kualiti andaman dan solekan yang terbaik dan lebih menarik, atau jika anda mempunyai bajet yang lebih, pilihlah mak andam atau juru mekap yang professional secara berasingan.

Buat sesi percubaan, atau setidak tidaknya, lihat contoh gambar solekan yang telah dilakukan oleh mak andam pada pelanggan mereka sebelum ini. Ia juga adalah untuk mengelakkan ketidakpuas hatian pada hasil solekan mak andam yang anda pilih nanti.




Beberapa tips:

• Mulakan dari awal. Tinjau sekurang-kurangnya dua penata rambut dan juru makeup sekurang-kurangnya enam bulan sebelum perkahwinan anda. Temui mereka secara peribadi dan melihat portfolio mereka.

• Kaji pengalaman mereka. Pastikan bahawa mereka mempunyai pengalaman dalam selok belok melakukan rambut dan makeup.kalau boleh dapatkan yang mempunyai trend sendiri dan menarik.

• Penilaian/teliti. Jika anda senang dengan kerja mereka dan tempahlah mereka lebih awal dan bukan pada saat-saat akhir.

• Eksklusif. Jelaskan bahawa anda mengharapkan mereka dan kalau boleh ingatkan mereka hanya mereka yang sesuai pada hari perkahwinan anda. Oleh kerana itu mereka akan menumpukan seluruh perhatian mereka pada anda.

setiap pengantin perlu menyeimbangkan beberapa faktor yang meliputi:

• Kos anggaran.

• Gaya.

• Profesionalisme.

• Keperibadian pengantin.


Di samping solekan dan andaman dihari perkahwinan nanti, calon mempelai boleh mempersiapkan diri dengan sesi rawatan kecantikan diri. Melalui beberapa sesi khas rawatan badan dari luaran serta aspek dalaman, bakal pengantin akan kelihatan lebih segar, ceria, cantik dan menawan sepanjang masa.

Terdapat pelbagai khidmat rawatan kecantikan khas untuk bakal-bakal pengantin yang boleh didapati di mana-mana salun kecantikan atau mana-mana pusat yang menawarkan pakej kecantikan, butik pengantin, khidmat runding imej dan sebagainya.

"Wedding Planner" - Keperluan atau keinginan?



Majlis perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting, bersejarah dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat Majlis perkahwinan selalunya akan mencerminkan nilai-nilai melayuan, dan juga menampilkan keperibadian pengantin, ahli keluarga, sanak saudara yang terlibat dalam perkahwinan.samada secara langsung atau tidak langsung.Perunding perkahwinan adalah orang yang bertanggungjawab membantu pasangan pengantin bagi mencapai impian mereka.

Pelbagai jolokan yang diberikan kepada perunding perkahwinan antaranya ialah: pengarah perkahwinan, perancang perkahwinan, dan juga perunding perkahwinan.

Secara tradisional, ibu pengantin perempuan adalah faktor paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. Kehidupan moden masa kini dimana para ibu bapa yang mempunyai anak dewasa dan mereka pula tinggal berjauhan dari rumah akan menyebabkan pengantin merasakan tindakan dan membuat keputusan sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang tua.

Mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran siap dengan tema tertentu dan menggunakan khidmat perunding perkahwinan menjadi ikutan bukan saja di kalangan golongan elit dan bangsawan, bahkan orang biasa.Perbelanjaan bagi mereka bukan soal utama, asalkan majlis bersejarah berlangsung gilang-gemilang dan menjadi sebutan para tetamu.



Adakah anda memerlukan perunding perkahwinan?

Kami tidak akan memberitahu anda jawapannya kerana ianya bergantung pada individu tersebut. Hanya anda yang tahu jika anda memerlukannya atau tidak. Adakah anda akan mendapatkan bantuan dari orang lain di sekitar anda, atau ibu anda, kawan baik anda, bakal suami atau saudara mara yang terdekat? Sebaiknya andalah yang seharusnya melakukan semuanya sendiri. Bolehkah anda melakukannya sendiri? Adakah anda ingin merancang perkahwinan anda sendiri? Hanya anda yang tahu jawapannya

Khidmat perunding digunakan kerana mereka sedar, membuat persiapan majlis perkahwinan bukan mudah. Banyak kerja remeh-temeh perlu diselesaikan yang menguji kesabaran, malah hingga kadangkala membawa perselisihan faham sesama ahli keluarga. Jadi, bagi memastikan majlis perkahwinan berjalan sempurna tanpa cacat cela, ia memerlukan pengurusan profesional dan tiada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan.Tugas ini lebih mudah jika diserahkan kepada mereka yang pakar dan tahu setiap inci tentang persiapan perkahwinan.




Apa yang boleh seorang perunding perkahwinan berikan?

Terdapat beberapa senarai yang kami sertakan di sini, terpulang kepada anda menilai nya dan mengikut keperluan yang anda rase perlu.

1..Membantu anda membuat jenis perkahwinan yang anda inginkan. Anda berhak memilih dan mengikut citarasa anda sendiri seperti memilih tempat , set bersanding, tema warna, muzik, dan sebagai nya

2..Membantu anda mengikut buget yang anda perlukan dan anggaran kos yang sepatutnya

3..Sarankan kepada anda pakej yang sesuai dengan anggaran anda, gaya dan idea

4..Membuat jadual perancangan perkahwinan dari mula hinggalah hari bersejarah anda supaya anda ianya berjalan lancar

5..Kos perkahwinan akan menjadi lebih berpatutan mengikut buget yang anda ada, dan ianya berhasil hubungan baik anda dan perunding perpanjangan.

6..Setiap yang berlaku adalah tanggungjawab mereka

7..membuat jadual hari pernikahan




Bagaimana caranya mencari perunding perkahwinan yang bagus?

Tiada masa? Tidak tahu mana satu yang bagus? Jika ini masalah anda, perunding perkahwinan atau "wedding planner" adalah jawapannya. Tetapi jika anda ingin berjimat dan boleh menghabiskan sedikit masa untuk merancang perkahwinan andan, anda boleh memilih pakej perkahwinan yang merangkumi bukan sahaja sewa baju pengantin dan kad kahwin, bahkan katering, khemah, kanopi, jurugambar, solekan dan juga tempahan dewan. Semuanya termasuk di dalam satu pakej pada harga yang jauh lebih rendah jika anda mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut secara berasingan. Cara yang lain juga rajin lah menyemak di Persatuan Profesional perkahwinan (AWP) Malaysia untuk menyemak senarai mereka yang berkredibel Anda juga boleh meminta perunding perkahwinan yang lain untuk menganalisis bahawa mereka telah dilihat atau bekerja dengan di majlis pekahwinan yang lain.




Seorang penyelaras perkahwinan harus mampu:

- Wawancara diantara kedua-dua pengantin secara menyeluruh untuk mendapatkan pakej, tema mengikut selera pernikahan mereka

- Perunding akan menawarkan pilihan pengantin berdasarkan maklumat yang diberikan dan akan membuat temubual bersama-sama dengan pengantin

-Akan meneliti dan menawarkan kontrak dan menyarankan calon pengantin perempuan sehingga dia mampu membuat keputusan berkaitan dengan pengantin dan seluruh proses perancangan dan kemudian akan berada di sana untuk mengawasi penghantaran perkhidmatan yang telah dirancang

-Akan melakukan apa pun untuk memastikan acara tersebut berjalan lancar

-Mengetahui bahawa tidak bakal pengantin mampu menghadapi dengan butiran yang diperlukan sesuai dengan kehendak mereka

-Menjadi tulang belakang pengantin perempuan selama tempoh penglibatan perkahwinan






Apakah jenis2 pakej perkahwinan yang ditawarkan?

Konsultasi & Perancangan:
Ini seperti kursus mini perancangan perkahwinan, terbaik, diambil di awal perancangan anda. Penganalisis tidak akan berasa di pernikahan anda, tetapi akan mengajar anda kemahiran untuk merancang hari perkahwinan anda sendiri. Sesetengah daripada mereka akan mengenakan bayaran per jam, dan sebagainya. Anda boleh menempah satu pertemuan khas, atau seberapa banyak yang anda suka.

Rangka kerja:
Konsultasi dan perancangan hanya langkah kecil dalam merancang majlis pernikahan; bahagian yang sukar datang dengan eksekusi. Penganalisis adalah orang yang bertanggungjawab terhadap anda untuk membimbing anda dari awal perancangan sampai kamu berangkat untuk bulan madu anda. Tapi perlu diingatkan, penganalisis di sini hanyalah sebagai panduan . Ianya tidak mungkin terjadi sebagai penyambut tetamu anda atau peribadi anda.

Kos yang dikenakan?
Penyelaras pernikahan boleh mengenakan kos bayaran dalam tiga cara berbeza dan anda harus bertanya anda bagaimana mereka peruntukan harga mereka:
§ Dengan peratusan daripada jumlah kos perkahwinan anda,
§ Dengan jam; atau
§ flat kos




Soalan yang perlu ditanya ketika berjumpa dengan Wedding Planner :

§ Sudah berapa lama anda menjadi wedding planner?
§ Bagaimana anda mengisi? Apakah keperluan deposit?
§ Adakah anda bertemu dengan penjual kami dan menyemak kontrak mereka?
§ Adakah anda akan di latihan kami dan apakah ada biaya tambahan untuk ini?
§ Bolehkah anda membantu merancang pernikahan dalam anggaran kita?
§ Adakah anda seorang perniagaan berdaftar?
§ Bolehkah anda mengendalikan perubahan minit-minit terakhir dan kecemasan?