Friday, February 25, 2011
PUNCA ANAK-ANAK MENDERHAKA
1. Kecenderungan anak itu sendiri yang tidak mahu menghormati dan berbakti kepada ibu bapanya. Dirinya dipenuhi dengan sifat-sifat keji yang sentiasa mendorongnya untuk menderhaka kepada ibu bapanya.
2. Faktor keturunan juga mempengaruhi sifat seorang anak untuk menderhaka kepada Ibu bapanya. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang suka menderhaka kepada ibu bapanya dahulu juga bertanggungjawab mewariskan sifat suka menderhaka itu tadi kepada anak yang dilahirkannya.
3. Pengaruh pangkat kebesaran dan harta kekayaan antara punca mengapa anak itu sanggup menderhaka kepada ibu bapanya. Anak yang begini akan mudah menutupkan tanggungjawabnya kepada mereka sebaliknya ia sentiasa sibuk dengan urusan pekerjaan, sahabat handai dan mengumpul harta sehingga tiada masa untuk melawat kedua orang tuanya.
4. Pengaruh isteri yang rupawan. Segala kata-kata yang di ucapkan oleh iserinya yang menabur fitnah terhadap ibu bapanya terus di terima tanpa usul periksa. Ia lantas menjadi berang dan terus memaki hamun mereka.
5. Mementingkan diri sendiri. Baginya jika berbakti pada keduanya ditakuti akan ditimpa kesusahan dan kemiskinan. Jika sering menziarahi keduanya bimbang pula masanya akan terbuang, mengganggu urusan pekerjaan dan mengurangi masa untuk bersuka ria bersama rakan-rakan.
6. Anak yang kurang mendapat didikan agama, bersahabat dengan rakan-rakan yang suka membuat maksiat serta kecenderungan anak itu sendiri yang suka kepada maksiat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment