Wednesday, August 4, 2010

Seorang ibu atau ayah yang melihat wajah anaknya yang sedang dibuai mimpi indah, ketika mengejutkan anak itu dari tidur sebelum waktu subuh, akan berikrar untuk melakukan yang terbaik untuk cahaya matanya pada hari itu:-



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"


(1) Saya akan membesarkan anak-anak saya supaya menjadi seorang hamba Allah yang paling taat berdasarkan ajaran yang telah ditetapkan oleh Islam.

(2) Saya akan mendidik mereka menjadi khalifah yang boleh memakmurkan muka bumi ini dengan ilmu yang lengkap di dada.

(3) Hari ini saya akan lindungi mereka daripada sebarang pengaruh negatif yang boleh melalaikan dan merosakkan mereka.

(4) Hari ini saya akan memuji perlakuan baik anak-anak saya dan menggalakkkan mereka untuk terus melakukan kebaikan.

(5) Hari ini saya akan sebut perkataan-perkataan yang positif kepada anak-anak saya kerana itu merupakan doa saya kepada mereka.

(6) Hari ini kasih saya terhadap anak-anak saya akan sentiasa mekar. Segala yang terbaik adalah untuk mereka.

(7) Hari ini saya akan menjadi ibu/bapa yang menjadi teladan kepada anak-anak saya.

(8) Hari ini saya berdoa agar saya menjadi ibu/bapa yang cemerlang.

(9) Hari ini saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal supaya mereka membesar dengan hasil yang halal dan berkat.

(10) Hari ini saya akan pastikan mereka menunaikan solat fardhu lima waktu dan membaca Al-Quran.

(11) Hari ini saya akan menjadi ibu/bapa yang lebih baik daripada semalam. Saya akan perlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu.

(12) Hari ini saya akan berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya membantu anak-anak saya menjadi anak-anak yang soleh dan soleha.

Ya Allah, berikanlah saya kekuatan untuk melaksanakan ikrar saya ini. Amin ya Rabbal 'Alamin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dipetik daripada buku: "Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif"
oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Husna Hassan