Wednesday, August 4, 2010

Seorang ibu atau ayah yang melihat wajah anaknya yang sedang dibuai mimpi indah, ketika mengejutkan anak itu dari tidur sebelum waktu subuh, akan berikrar untuk melakukan yang terbaik untuk cahaya matanya pada hari itu:-



"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"


(1) Saya akan membesarkan anak-anak saya supaya menjadi seorang hamba Allah yang paling taat berdasarkan ajaran yang telah ditetapkan oleh Islam.

(2) Saya akan mendidik mereka menjadi khalifah yang boleh memakmurkan muka bumi ini dengan ilmu yang lengkap di dada.

(3) Hari ini saya akan lindungi mereka daripada sebarang pengaruh negatif yang boleh melalaikan dan merosakkan mereka.

(4) Hari ini saya akan memuji perlakuan baik anak-anak saya dan menggalakkkan mereka untuk terus melakukan kebaikan.

(5) Hari ini saya akan sebut perkataan-perkataan yang positif kepada anak-anak saya kerana itu merupakan doa saya kepada mereka.

(6) Hari ini kasih saya terhadap anak-anak saya akan sentiasa mekar. Segala yang terbaik adalah untuk mereka.

(7) Hari ini saya akan menjadi ibu/bapa yang menjadi teladan kepada anak-anak saya.

(8) Hari ini saya berdoa agar saya menjadi ibu/bapa yang cemerlang.

(9) Hari ini saya akan pastikan mereka makan makanan yang halal supaya mereka membesar dengan hasil yang halal dan berkat.

(10) Hari ini saya akan pastikan mereka menunaikan solat fardhu lima waktu dan membaca Al-Quran.

(11) Hari ini saya akan menjadi ibu/bapa yang lebih baik daripada semalam. Saya akan perlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu.

(12) Hari ini saya akan berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya membantu anak-anak saya menjadi anak-anak yang soleh dan soleha.

Ya Allah, berikanlah saya kekuatan untuk melaksanakan ikrar saya ini. Amin ya Rabbal 'Alamin.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dipetik daripada buku: "Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif"
oleh Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria, Husna Hassan

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA

Sumber : Perkongsian Ilmu & amal

Sebelum Dan Selepas

Ape yang saya post kat sini bukannya ilham dari saya...tapi dari ape yang saya baca di blog & internet....tujuan saya nak share kat sini mungkin ia bermanfaat untuk mereka yang bujang macam saya dan pada mereka yang dah berumahtangga.

CINTA

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama selamanya

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada! :-)
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada masalah, tak mau cerita.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam - lebam.


HATI
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... habis nak buat macam mana?

sahabat ku, fikir2 la sendiri bagaimana nak mencorakkan hidup anda supaya ianya membawa kebahagian sampai akhir hayat... sesungguhnya niat kita melakukan semua perkara kerana Allah Taala...

Lawak Yang Sedih

Mengenang air mata apabila fikirkan keadaan umat islam zaman milenium ni...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....


Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu..Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"..Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

So Macam mana perasaan anda.. adakah anda berasa lawak? sambil-sambil tu ambil lah ikthibar

1. Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman

2. Lawak kan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...Baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi

3. Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada yang paling bes, agamanya setahun sekali je.. bile time sembahyang raya

4. Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran

5. Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia

Sumber cerita: internet