Friday, February 25, 2011

5 PERKARA ELOK DISEBUT



1) Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

2) Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3) Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

4) Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

5) Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

9 pembaziran yang sering dilakukan manusia

Kali ni nak kongsi info tazkirah yang bermanfaat untuk kita sama2 perdalami dan renungi ...

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan

Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati

Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.
semuga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan.
Wassalam.

Lidah perlu dipelihara daripada percakapan keji



Seorang Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Nabi Muhammad saw memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayatat-Tirmizi).

Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklahkesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."(Diriwayatkan oleh Baihaqi).

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata:

"Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripadasebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

"Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. H al ini kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

"Kejadian demikian telah banyak berlaku, tetapi kebaikan daripadanya adalah jarang."

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkanseseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak." Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Nabi Muhammad lagi bersabda lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud : "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.

Malu dan Iman



Malu dan Iman - Gandingan yang menghiaskan manusia

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

Berdasar hal itu, malu merupakan sifat yang paling mulia yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Seseorang yang memiliki sifat malu mampu menahan dirinya daripada melakukan sesuatu perbuatan keji. Oleh sebab itu sifat malu menjadi pelengkap kesempurnaan seseorang insan. Menurut Ibnu Maskawaih, sifat malu merupakan sikap yang boleh mempertahankan diri daripada melakukan dosa. Orang yang malu, takut melakukan perbuatan yang tidak baik. Hakikatnya sifat ini salah satu sifat peribadi orang yang beriman.

Sifat malu dan masyarakat Melayu sebenarnya begitu sinonim, saling bertaut antara satu sama lain. Bahkan banyak pepatah Melayu yang mengungkapkan perkataan malu. Kita biasa mendengar pepatah seperti "malu-malu kucing", "malu bertanya sesat jalan", "malu berdayung berdayung perahu hanyut", "malu makan perut lapar", dan lain-lain lagi. Pepatah Melayu yang sedemikian itu sebenarnya lahir daripada tata pergaulan dan budaya masyarakat Melayu itu sendiri.

Sebenarnya timbul rasa malu pada seseorang bermula daripada mata. Barangkali itulah hikmahnya mengapa Allah S.W.T. meletakkan kedudukan deria penglihatan ini di bahagian atas tubuh manusia. Tujuannya tentu untuk memudahkan hamba-hamba-Nya melihat. Apabila mata melihat perkara dosa dan maksiat, disalurkan kepada hati. Dengan itu mudah dijauhi.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w meminta umatnya agar berhati-hati apabila melihat sesuatu, agar tidak menggunakan nikmat mata yang diberikan oleh Allah itu ke arah kemaksiatan kepada-Nya. Rasulullah s.a.w telah bersabda seperti yang diriwayatkan daripada Abi Umaimah r.a yang bermaksud: "Tidaklah orang Islam itu apabila dia memandang pada kehormatan wanita kemudian dia menundukkan pandangannya melainkan diberikan oleh Allah S.W.T. suatu ibadah yang terdapat padanya kemanisan (iman) dalam hatinya."

Seandainya hati seseorang sudah dihiasi dengan iman yang sempurna maka lebih dalamlah sifat malunya. Tetapi seandainya nafsu lebih banyak menguasai hati nescaya hilanglah rasa malunya. Oleh sebab itu, pengukuhan hati dengan nur iman inilah yang akan menentukan sejauh mana kemampuannya untuk mengawal mata agar bersifat malu, tunduk, dan merendahkan pandangannya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman, hendaklah mereka sentiasa merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka" (Surah al-Nur: 30).

Dalam sebuah hadith Qudsi, daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya pandangan mata (yang diharamkan) merupakan panahan beracun daripada panahan Iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya kerana takut kepada-Ku, akan Aku tukarkan (pandangan) dengan iman yang dapat dirasai kemanisannya dalam hati" (Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim).

Imam al-Jurjani berpendapat bahawa sifat malu merupakan cermin peribadi Mukmin yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada setiap hamba-Nya. Hal ini menyebabkan orang yang beriman enggan melakukan dosa, mereka takut, dan malu kepada Allah S.W.T. Jadi, malu yang dikurniakan kepada hamba-Nya adalah untuk menjadikan mereka orang yang terbaik. Dalam hal ini, Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu tidak akan membawa seseorang Mukmin itu melainkan untuk kebaikan sahaja."

Walau bagaimanapun malu pada seseorang boleh menjuruskan kepada kebaikan dan juga keburukan. Apabila malu tercetus seperti yang dituntut dalam Islam maka malunya akan membawa kepada kebaikan. Malu ini berpunca daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Sebaliknya apabila malu datang daripada dorongan syaitan dan nafsu, maka seseorang itu akan malu untuk melakukan kebaikan. Sebenarnya, iman dan malu merupakan dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Jika salah satu daripada keduanya hilang maka rosaklah seluruh pancainderanya. Ketika itu deria matanya sudah tidak malu untuk melihat perkara yang diharamkan, telinganya sudah hilang malu untuk mendengar umpat dan fitnah orang, kakinya pula sudah tidak malu untuk melangkah ke lembah kemaksiatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Iman dan malu bergandingan, apabila terangkat satu daripadanya, terangkat kedua-duanya." Jadi, setiap orang wajib menjaga agar tidak tercabut sifat malu demi menjaga iman terhadap Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, hati perlu dijaga kerana pada hatilah terletak iman dan malu itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ingatlah, sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya tetapi jika rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Yang demikian itu ialah hati" (Riwayat Bukhari).

Rasulullah s.a.w sendiri secara realitinya sangat pemalu. Hal ini dijelaskan sendiri oleh para isteri Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. itu seorang yang sangat pemalu orangnya" (Riwayat Bukhari).

Oleh sebab itu, sebagai umat Rasulullah s.a.w. kita perlulah menjadi pemalu seperti yang ditunjukkan oleh baginda. Panduannya dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abu Lais, daripada Abdullah bin Mas'ud katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Malulah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Lalu dijawab para sahabat, wahai Rasulullah s.a.w. kami sudah malu kepada Allah! Kemudian Nabi menjelaskan: "Bukan itu yang aku maksudkan, tetapi orang yang benar-benar malu kepada Allah, akan menjaga kepala dan semua pancainderanya daripada dosa-dosa, begitu juga dengan perut dan apa yang masuk ke dalamnya. Untuk itu hendaklah selalu ingat akan mati dan bencana di dalam kubur. Sesiapa yang benar-benar ingin akan akhirat, dia akan sanggup meninggalkan kesenangan dunia. Sesiapa yang berbuat demikian maka sebenarnya dia telah malu kepada Allah dengan sungguh-sungguh malu."

Malu yang bersifat imani ini hanya boleh didapati melalui proses makrifatullah iaitu mengenal Allah S.W.T. Yakni mengenal sifat-sifat-Nya serta ilmu-Nya yang melampaui segala maklumat yang tersembunyi di hati manusia. Dalam hal ini Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Mereka cuba menyembunyikan (keburukan) daripada manusia, tetapi mereka tidak mampu (berselindung) daripada (pengetahuan) Allah, padahal Allah sentiasa bersama mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan sesungguhnya (ilmu) Allah meliputi segalanya terhadap apa yang mereka lakukan" (Surah al-Nisa': 108).

Oleh hal yang demikian, mereka yang benar-benar mengenal Allah pasti akan berasa malu. Malu yang akan menjadikan manusia malu kepada Allah, taat beribadah, warak, dan berperibadi yang baik sama ada di hadapan khalayak ramai atau waktu bersendirian.

Sebenarnya, sifat malu ini wajar dilatih dan dipupuk bermula dari rumah lagi. Ibu bapalah yang sepatutnya menanamkan akhlak malu kepada anak-anak. Manakala di sekolah pula guru-guru yang bertindak sebagai fasilitator, wajar memperkemaskannya melalui didikan sehinggalah berjaya diterapkan dalam masyarakat.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abi Mas'ud al-Badri r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda mafhumnya: "Sesungguhnya sesuatu yang dipegang oleh manusia daripada ucapan kenabian yang pertama ialah: "Jika engkau tidak berasa malu maka perbuatlah perkara yang engkau inginkan" (Riwayat Bukhari).

Berdasarkan hadith ini, jelas kepada kita bahawa malu merupakan sifat dan budaya para Anbia' sejak Nabi Adam lagi. Tegasnya, sifat malu amat besar peranannya dalam membentuk peribadi Muslim dan ummah keseluruhannya. Sifat malu itulah yang mampu mencegah dan menahan masyarakat daripada melakukan perbuatan-perbuatan buruk.

Orang yang tidak memiliki sifat malu ini, mereka akan tenggelam dalam setiap perbuatan keji dan mungkar. Mereka tidak akan malu lagi untuk melakukan kemaksiatan, malah dicanangkan ke merata ceruk dan berbangga dengannya. Jelasnya, apabila masyarakat Islam hilang rasa malu, mereka akan melakukan apa sahaja yang diinginkan.

Realiti yang jelas pada hari ini, kejahatan dan kemungkaran yang semakin bertambah parah itu berpunca daripada hilangnya sifat malu pada umat akhir zaman ini. Yang amat menyedihkan dalam hal ini, kebanyakan kes melibatkan orang-orang Islam sendiri. Kes-kes bersekedudukan dan sumbang mahram misalnya, bukan lagi menjadi isu sensitif. Malah cerita sedemikian rupa sudah dikomersialkan di dada-dada akhbar, buku-buku dan juga majalah hiburan.

Kegawatan akhlak yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, samalah seperti yang berlaku di negara barat yang sudah hancur nilai moral dan akhlaknya. Keruntuhan peribadi manusia di akhir zaman ini telah menjadi bukti kebenaran yang dirakamkan melalui lidah Rasulullah s.a.w, 1400 tahun yang lalu. Sabda Baginda yang bermaksud: "Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah rasa malu telah lenyap daripada anak-anak dan kaum perempuan."

Hal ini diperkuatkan lagi dengan yang dikatakan oleh seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Salman al-Farisi yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. menginginkan kehancuran dan kebinasaan seseorang hamba-Nya, maka Dia akan mencabut daripada dirinya sifat malu. Apabila sudah dicabut sifat tersebut, maka dia tidak akan bertemu dengan Allah S.W.T. lagi, kecuali dalam keadaan dia amat dimurkai. Apabila dia sudah berada dalam keadaan sedemikian, maka akan dicabut daripada dirinya sifat amanah, lantas dia tidak akan menemui Allah S.W.T. lagi, kecuali dalam keadaan dia dicap sebagai pengkhianat atau orang yang dikhianati. Apabila dia sudah dilabel sedemikian rupa, maka akan dicabut daripada dirinya pula sifat rahmah (belas kasihan) lantas dia tidak akan bertemu dengan Allah S.W.T. kecuali dalam keadaan dia memiliki sikap keras dan berhati kasar. Apabila dia sudah dalam keadaan sebegitu, maka akan dicabut sebahagian iman daripada tengkuknya, dan apabila sudah dicabut imannya, maka dia tidak akan bertemu dengan Allah S.W.T. kecuali dalam keadaan menjadi syaitan yang dilaknat atau suka melaknat".

Tetapi realiti yang berlaku pada hari ini, sifat malu diletakkan pada keadaan atau tempat yang tidak sepatutnya. Malu tidak bertempat, khususnya apabila melibatkan masalah-masalah agama. Malu seperti ini, dinamakan malu orang jahil. Walhal tidak ada malu dalam melaksanakan amalan agama. Selain itu, terdapat umat Islam yang malu untuk mendalami ilmu agama, apatah lagi perkara yang melibatkan permasalahan yang agak sensitif dan bersifat peribadi. Bukan sahaja perkara yang melibatkan kaum wanita, lelaki juga tidak mahu bertanya kerana malu.

Terdapat juga orang yang malu untuk melakukan kebaikan kerana takut dikata ketinggalan zaman, malu untuk menyatakan pendapat kerana rasa rendah diri yang keterlaluan. Bahkan ada yang malu untuk meninggalkan perkara yang haram atau makruh kerana takut dikatakan, tidak pandai bersosial. Tidak kurang juga generasi kini yang rasa malu untuk menampakkan kebenaran, dan malu untuk mengambil keputusan sesuatu yang benar. Bukan itu sahaja, mereka juga malu untuk menonjolkan kebenaran orang lain atau menyatakan kebenaran orang lain. Malu yang sebegini sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ".... Dan Allah S.W.T. tidak malu pada sesuatu yang hak (kebenaran)" (Surah al-Ahzab: 53).

Sifat malu yang dimiliki oleh umat Islam merupakan sebahagian daripada cabang iman. Maknanya, kalau seseorang itu mempunyai malu, imannya berada di tahap yang selamat. Dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan al-Nasai dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau memiliki dua sifat yang dicintai oleh Allah. Aku bertanya kepada baginda, "Sifat apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, "Sifat lemah lembut dan sifat malu." Aku bertanya lagi, sifat yang sudah lama (dalam diriku) atau yang baru? Baginda menjawab dengan sabdanya, "Bahkan sudah lama." Aku berkata (pada diriku), Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. yang telah menganugerahkan kepadaku dua sifat yang dicintai oleh Allah".

Berdasarkan itu, setiap umat Islam harus memiliki sifat malu seperti yang disarankan oleh Islam. Malu bukan sahaja disenangi manusia tetapi Allah dan rasul-Nya.

Thursday, February 24, 2011





24.02.2011

DARI FIKRAH TATATERTIB ISLAMIAH BER-FB OLEH QUEEN SHALGIA

PERSATUAN JALINAN MESRA INDIAMUSLIM MALAYSIA (PJMIM) PUSAT



Assalamualaikum kepada semua warga Facebook. Sila luangkan masa anda dengan note ini, moga2 dapat memberi pengajaran kepada diri kita dan untuk kita sampaikan kepada rakan2 yang lain di Facebook...



Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”



BACA LAGI..



Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nur ayat 19:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”.



Ayat yang dibacakan sebentar tadi, menyatakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah SWT kepada golongan yang suka memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain.



Islam melarang sama sekali perbuatan tersebut kerana boleh mencemarkan MARUAH.



** Sekarang zaman orang memiliki Facebook, kalau kita lihat begitu senang menda2 tak elok yang dapat menfitnah&mengaibkan orang lain tersebar di internet dengan itu tersebar secara meluas di Facebook. Terutama berbentuk :



1. GAMBAR

2. VIDEO



** Sampai ada sesetengah website yang menyiarkan bahan2 sebegitu untuk tujuan hiburan. orang kite hebat wat website gossip..lawak2 bodoh...tpi kalau website bab ilmu,mmg ZERO!!..dan sesetengah website yang menyediakan dosa2 yang menunjukkan:



1. gosip2 artis itu ini.

2. memburukkan pihak lain

3. memaparkan sesuatu yang tidak sesuai untuk tatapan UMUM bukan 18++

4. menfitnah sesetengah pihak tanpa usul periksa

5. bangga memaparkan keburukan

6. mengaibkan orang lain

7. dan banyak lagi.



WALAUPUN ADA YANG MENGATAKAN IA HANYA SEKADAR HIBURAN.



Tetapi anda yang melihatnya hanya untuk hiburan. Cuba kita berfikir dengan lebih dalam apabila kita melihat bahan2 itu yang di share oleh rakan2 kita lepas tu kita share pulak di wall kita..and then rakan2 kita tengok pulak bahan yang kita share itu...sebagai contoh :



di wall rakan anda ada satu video berkenaan seorang wanita menunjuk aksi yang kurang elok ataupun satu video yang memaparkan keburukan sesuatu pihak/artis/rakan/ eg: remaja bercium??..lepas anda tengok..n then anda pun share di wall anda...kemudian rakan anda pula menontonnya..



soalan: adakah anda sedang menyebarkan fitnah yang anda sendiri tidak tahu asal usul nya??



soalan: adakah anda sedang mengaibkan orang lain??



soalan: adakah anda telah mencemarkan maruah yang terlibat?? .........FIKIRKAN LAHH..



ISLAM JELAS SEKALI MENCEGAH UMATNYA MELAKUKAN PERBUATAN YANG BOLEH MENGAIBKAN ORANG LAIN. MALANGNYA, AKHIR-AKHIR INI BUDAYA SENGAJA MAHU MEMALUKAN ORANG LAIN SEMAKIN POPULAR DI KALANGAN SESETENGAH INDIVIDU DI NEGARA INI.



DENGAN MEMBUAT PENDEDAHAN KEBURUKAN ORANG LAIN, INDIVIDU YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK INI DIJANGKA AKAN MENDAPAT SOKONGAN ATAUPUN BERUPAYA MENJATUHKAN PIHAK YANG DIAIBKANNYA. PENDEDAHAN KEAIBAN SESEORANG DILAKUKAN DENGAN PELBAGAI CARA TERMASUKLAH MELALUI PERBUALAN, CERAMAH, VIDEO, GAMBAR2 . KEDENGARAN TOKOH-TOKOH TERTENTU, DENGAN HUJAH-HUJAHNYA TERSENDIRI, MENYOKONG AMALAN PERBUATAN INI.



CERITA-CERITA BERKAIT DENGAN SOAL RUMAHTANGGA DAN KISAH-KISAH HITAM DI MASA LAMPAU SELALUNYA MENJADI BAHAN MENARIK UNTUK DIHEBAHKAN KEPADA KHALAYAK RAMAI.



MOTIFNYA HANYA SATU - UNTUK MENGAIBKAN SUPAYA INDIVIDU YANG DIABKAN HILANG SOKONGAN.



“Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain,sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,



"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di akhirat kelak."



** perkara yg mengaibkan orang lain bukan sahaja berlaku di Facebook. Tetapi dimana2 jua. ingatlah apa yang anda SHARE/KONGSIKAN di facebook itu. walaupun ia sekadar hiburan tetapi FIKIRKAN apa yang kita nak SHARE itu...



janganlah kita mengaibkan orang lain. kita semua ada akal yang dianugerah oleh Allah. Jadi berfikirlah sebelum bertindak. sampaikan note ini pada teman2 anda. semoga anda memperoleh pahala dan diberkati Allah SWT dalam menyebarkan ilmu-ilmu islam..



Demi Masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran. (Q.S Al-Ashr: 1-)

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA




* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

Monday, February 14, 2011

Nasihat Kehidupan

1. Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.


2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya dan menjaga aibnya.


3. Bukan gelar atau jabatan yang menjadi orang menjadi mulia. Jika kualitas pribadi buruk, semua itu hanyalah topeng tanpa wajah.


4. Ciri seorang pemimpin yang baik akan nampak dari kematangan pribadi, buah karya, serta integrasi antara kita dengan perbuatannya.


5. Jika kita belum bisa membagikan harta, kalau kita tidak bisa membagikan kekayaan, maka bagikanlah contoh kebaikan.


6. Jangan pernah menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan pernah melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.


7. Pastikan kita sudah bersedekah hari ini, baik dengan materi, dengan ilmu, tenaga, atau minimal dengan seyuman yang tulus.


8. Para pembohong akan dipenjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya.


9. Bila memiliki banyak harta, kita akan menjaga harta. Namun jika kita memiliki banyak ilmu, maka ilmulah yang akan menjaga kita.


10.Kalau hati kita bersih, tak ada waktu untuk berpikir licik, curang atau dengki sekalipun.


11. Bekerja keras adalah bagian dari fisik, bekerja cerdas merupakan bagian dari otak, sedangkan bekerja ikhlash ialah bagian dari hati.


12. Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.


13.Kita tidak pernah tahu kapan kematian akan menjemput kita, tapi kita tahu persis seberapa banyak bekal yang kita miliki untuk menghadapinya.


14. Barangsiapa yang tidak pernah mencicipi pahitnya belajar, Maka dia akan meneguk hinanya kebodohan di sepanjang hidupnya


15. Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu di masa muda, Maka bertakbirlah empat kali, karena sungguh dirinya telah wafat


(Diwan al Imam asy Syafi’i, Dar al Kutub al ’Ilmiyah).