Thursday, February 24, 2011





24.02.2011

DARI FIKRAH TATATERTIB ISLAMIAH BER-FB OLEH QUEEN SHALGIA

PERSATUAN JALINAN MESRA INDIAMUSLIM MALAYSIA (PJMIM) PUSAT



Assalamualaikum kepada semua warga Facebook. Sila luangkan masa anda dengan note ini, moga2 dapat memberi pengajaran kepada diri kita dan untuk kita sampaikan kepada rakan2 yang lain di Facebook...



Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”



BACA LAGI..



Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nur ayat 19:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”.



Ayat yang dibacakan sebentar tadi, menyatakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah SWT kepada golongan yang suka memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain.



Islam melarang sama sekali perbuatan tersebut kerana boleh mencemarkan MARUAH.



** Sekarang zaman orang memiliki Facebook, kalau kita lihat begitu senang menda2 tak elok yang dapat menfitnah&mengaibkan orang lain tersebar di internet dengan itu tersebar secara meluas di Facebook. Terutama berbentuk :



1. GAMBAR

2. VIDEO



** Sampai ada sesetengah website yang menyiarkan bahan2 sebegitu untuk tujuan hiburan. orang kite hebat wat website gossip..lawak2 bodoh...tpi kalau website bab ilmu,mmg ZERO!!..dan sesetengah website yang menyediakan dosa2 yang menunjukkan:



1. gosip2 artis itu ini.

2. memburukkan pihak lain

3. memaparkan sesuatu yang tidak sesuai untuk tatapan UMUM bukan 18++

4. menfitnah sesetengah pihak tanpa usul periksa

5. bangga memaparkan keburukan

6. mengaibkan orang lain

7. dan banyak lagi.



WALAUPUN ADA YANG MENGATAKAN IA HANYA SEKADAR HIBURAN.



Tetapi anda yang melihatnya hanya untuk hiburan. Cuba kita berfikir dengan lebih dalam apabila kita melihat bahan2 itu yang di share oleh rakan2 kita lepas tu kita share pulak di wall kita..and then rakan2 kita tengok pulak bahan yang kita share itu...sebagai contoh :



di wall rakan anda ada satu video berkenaan seorang wanita menunjuk aksi yang kurang elok ataupun satu video yang memaparkan keburukan sesuatu pihak/artis/rakan/ eg: remaja bercium??..lepas anda tengok..n then anda pun share di wall anda...kemudian rakan anda pula menontonnya..



soalan: adakah anda sedang menyebarkan fitnah yang anda sendiri tidak tahu asal usul nya??



soalan: adakah anda sedang mengaibkan orang lain??



soalan: adakah anda telah mencemarkan maruah yang terlibat?? .........FIKIRKAN LAHH..



ISLAM JELAS SEKALI MENCEGAH UMATNYA MELAKUKAN PERBUATAN YANG BOLEH MENGAIBKAN ORANG LAIN. MALANGNYA, AKHIR-AKHIR INI BUDAYA SENGAJA MAHU MEMALUKAN ORANG LAIN SEMAKIN POPULAR DI KALANGAN SESETENGAH INDIVIDU DI NEGARA INI.



DENGAN MEMBUAT PENDEDAHAN KEBURUKAN ORANG LAIN, INDIVIDU YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK INI DIJANGKA AKAN MENDAPAT SOKONGAN ATAUPUN BERUPAYA MENJATUHKAN PIHAK YANG DIAIBKANNYA. PENDEDAHAN KEAIBAN SESEORANG DILAKUKAN DENGAN PELBAGAI CARA TERMASUKLAH MELALUI PERBUALAN, CERAMAH, VIDEO, GAMBAR2 . KEDENGARAN TOKOH-TOKOH TERTENTU, DENGAN HUJAH-HUJAHNYA TERSENDIRI, MENYOKONG AMALAN PERBUATAN INI.



CERITA-CERITA BERKAIT DENGAN SOAL RUMAHTANGGA DAN KISAH-KISAH HITAM DI MASA LAMPAU SELALUNYA MENJADI BAHAN MENARIK UNTUK DIHEBAHKAN KEPADA KHALAYAK RAMAI.



MOTIFNYA HANYA SATU - UNTUK MENGAIBKAN SUPAYA INDIVIDU YANG DIABKAN HILANG SOKONGAN.



“Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain,sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud,



"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah SWT akan menutup keaibannya di akhirat kelak."



** perkara yg mengaibkan orang lain bukan sahaja berlaku di Facebook. Tetapi dimana2 jua. ingatlah apa yang anda SHARE/KONGSIKAN di facebook itu. walaupun ia sekadar hiburan tetapi FIKIRKAN apa yang kita nak SHARE itu...



janganlah kita mengaibkan orang lain. kita semua ada akal yang dianugerah oleh Allah. Jadi berfikirlah sebelum bertindak. sampaikan note ini pada teman2 anda. semoga anda memperoleh pahala dan diberkati Allah SWT dalam menyebarkan ilmu-ilmu islam..



Demi Masa! Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran. (Q.S Al-Ashr: 1-)

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA




* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

Monday, February 14, 2011

Nasihat Kehidupan

1. Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.


2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya dan menjaga aibnya.


3. Bukan gelar atau jabatan yang menjadi orang menjadi mulia. Jika kualitas pribadi buruk, semua itu hanyalah topeng tanpa wajah.


4. Ciri seorang pemimpin yang baik akan nampak dari kematangan pribadi, buah karya, serta integrasi antara kita dengan perbuatannya.


5. Jika kita belum bisa membagikan harta, kalau kita tidak bisa membagikan kekayaan, maka bagikanlah contoh kebaikan.


6. Jangan pernah menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan pernah melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.


7. Pastikan kita sudah bersedekah hari ini, baik dengan materi, dengan ilmu, tenaga, atau minimal dengan seyuman yang tulus.


8. Para pembohong akan dipenjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya.


9. Bila memiliki banyak harta, kita akan menjaga harta. Namun jika kita memiliki banyak ilmu, maka ilmulah yang akan menjaga kita.


10.Kalau hati kita bersih, tak ada waktu untuk berpikir licik, curang atau dengki sekalipun.


11. Bekerja keras adalah bagian dari fisik, bekerja cerdas merupakan bagian dari otak, sedangkan bekerja ikhlash ialah bagian dari hati.


12. Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.


13.Kita tidak pernah tahu kapan kematian akan menjemput kita, tapi kita tahu persis seberapa banyak bekal yang kita miliki untuk menghadapinya.


14. Barangsiapa yang tidak pernah mencicipi pahitnya belajar, Maka dia akan meneguk hinanya kebodohan di sepanjang hidupnya


15. Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu di masa muda, Maka bertakbirlah empat kali, karena sungguh dirinya telah wafat


(Diwan al Imam asy Syafi’i, Dar al Kutub al ’Ilmiyah).

Thursday, January 6, 2011

Jangan buat 'Short Form' dalam blog - Merimaskan


'gambar ini sekadar hiasan semata-mata'

Assalamualaikum w.b.t


1. Ku gi dlu. Tgu kt sn.

2. Sy ska klu kmu rmbut pnjg.

3. Sy ska mkn ns aym.

Okey cukup! Cukup 3 contoh yang diberikan. Perkataan short form yang kebanyakkan gemar guna pakai. Paling suka. Entah sebab apa. Sebab munasabab yang begitu kukuh aku tak temui. Yang pastinya aku rasa NAK CEPAT. Ini pasti. Oh nak cepat, tetapi sangat annoying. Sungguh!

Bila dicheck dan disemak balik, oh mereka masih di bangku persekolahan lagi. Kebanyakkan daripada merekalah. Bahasa SMS la kononnya. Bercakap pasal SMS, ada sebuah sketsa yang agak menarik perhatianku. Dialami sendiri.

Suatu masa dulu. Lama dah benda ni berlaku. Ada sang sahabat menghantar 1 SMS begini padaku :

"tlg bl myk agn blk jpg"

Err, pedia pun aku taktau. Memang aku pun paham bahasa SMS ni. Tapi kalau terlalu 'SMS' pening jugak aku. Aku tanya balik :

"aku tak paham la SMS hang"

Nak tau apa jawapan dia?

"tolong beli minyak angin balik kejap lagi"



(•̪●)=ε/ ̿ ̿̿ ̿ ̿

Ishh. Tujuan SMS ialah untuk sampaikan maklumat. Komunikasi dua hala. Kalau si penerima SMS tak paham isi kandungan SMS berkenaan, maka SMS tu tak sampai maksudnyalah. Lepas tu kena hantar sekali lagi. Bukankah sebuah kerugian di situ?

Ada sekali aku sengaja buat lawak. Aku hantaq SMS begini :

J.M.N.P.T.W.M.T? (hambek!)

Err, konpem-konpem taktau kan? Kalau tau hebat sangatlah. Okey ni sebenarnya :

Jom Malam Ni Pergi Tengok Wayang Mau Tak?

Waraweh! memang kira terrer giler la korang ni kalao boleh baca



Okey itu SMS. Boleh diacceptkan lagilah. Nama pun Short Message Service (tak sure Service ke System), mestilah nak shortkan. Short pun agak-agaklah. Jangan sampai orang tak paham langsung. Aku kadang-kadang kalau yang begitu short sampai aku tak paham, memang aku ignore je SMS tersebut.

Mari apply dalam penulisan entri. Begitu juga. Konsepnya masih sama. Tak perlulah anda menulis dalam short form. Percayalah dan aku besarkan font di sini. Ianya begitu ANNOYING. Kalau anda menulis untuk syok sendiri, maka teruskanlah angenda murni anda tu. Kalau tak, sila hentikan dengan kadar yang segera. Atau perbaiki.

Salah satu sebab anda tidak digalakkan untuk menulis shortform ialah, Enjin Carian. Andai kata ada maklumat di blog anda yang berinformasi. Mana tahu ada orang taip akan keluar apa yang di cari di blog anda.

Contohnya : Mak Bedah Jual Laksa Di Kampung Baru.

Takkanlah orang nak taip begini : Mk Bdh Jual Lksa D Kg Bru.


Konpem-konpem manusia sarwajagat tidak akan menulis begitu. Paham bukan kenapa anda tidak sangat begitu digalakkan untuk menulis dalam short form. Itu sebab terutama. Yang aku nampaklah.

Lagi? Kebarangkalian untuk readers bertandang blog anda untuk kedua atau ketiga kali agak tipis. Ini serius. Sangat serius. Lepas tu mengeluhlah, "Knplah takde org nk bc blog aku :(". Tengok mengeluh pun sempat bershort form. Habis tu macam mana.

Tapi kalau anda seorang artis/orang dikenali/memang orang suka anda, memang tak boleh buat apalah. Shortform pun orang suka baca.

Yang tu sajalah nak aku coretkan. Bukan tunjuk bagus. Tapi kita sama-sama belajar memperbaiki diri.

Jmp lg d ln entri. (Okey annoying!)

Wassalam.

Tujuan Berblogging


Assalamualikum wbt


Betullah kata orang. Buat sesuatu perkara tu kena fokus. Fokus ni buat sesuatu benda tu sampai setel dan jangan peduli yang lain lagi. Menulis blog pun macam tu jugak. Macam saya tengah buat sekarang ni. Tutup semua laman-laman web dan buka ruangan New Post ni saja. Baru kelancaran menaip dengan jayanya.

Aku akuinya memang semakin tidak rancak dalam berblogging. Tengok sajalah jarak hari yang diambil untuk nak update the next entry. Dengan kata lain seminggu 1 entri sahaja yang berjaya diupdatekan. Tapi facebook pulak memang sehari tak update tak sah. Heran pulak yang facebook memang tersangat rajin update. Maybe sebab simple dan cepat. Kalaulah dicompile semua fb saya, memang boleh dijadikan entri. hik..hik..


Lately, ada la 2, 3 orang bertanyakan perihal macam mana nak buat blog kat saya ni. Teringin nak ketengahkan bakat-bakat tersembunyi barangkali. Baguih baguih. Ada bakat tu jangan pendam saja. Kata saya buat blog ini mudah. Yang saya tau blogspot je la. Domain, hosting semua tu memang saya taktau.

Kalau blogspot, registerlah di http://www.blogger.com/ dan registerlah seperti biasa. Macam register e-mel. So simple. Tetapi yang saya nak ketengahkan kat sini ialah Matlamat Berblogging. Yup semua harus sematkan matlamat ini terlebih dahulu.



Apa itu tujuan / matlamat berblogging?

Aku tanya korang balik. Apa tujuan korang menulis blog? Jawapan yang paling majoriti. Tentulah mahu berkongsi apa sahaja dengan pembaca. Coretan idea, pendapat spontan, bangkitkan sesuatu isu, pengalaman hidup dan macam-macam lagi. Dengan kata lain permulaan untuk anda menulis, kena sematkan matlamat anda berblogging. Biar nampak jelas.



Macam mana nak tetapkan tujuan /matlamat berblogging?

Jawapan untuk soalan ini anda sendiri yang kena fikirkan. Mungkin ada yang mahu berblogging untuk dapatkan pendapatan sampingan. Bagus. Sebab ianya mampu jadikan pemangkin semangat untuk anda terus menulis. Tetapi pesan ikhlas saya, janganlah jadikan pendapatan sampingan itu perkara pertama untuk berblogging. Sebab? Anda pasti tidak akan bertahan lama sekiranya itu dijadikan motif.



Apa yang paling penting apabila berblogging?

Jawapan saya satu saja. Kekuatan entri anda. Tanyalah mana-mana blogger pun. Memang jawapan ini je yang bakal diorang berikan. Apa yang anda ingin sampaikan dalam setiap entri anda. Gaya bahasa, cara penulisan dan isu yang dikupas. Biarlah berpatutan dengan perkara yang ingin dirumuskan. Tak kisah la mahu menulis apa pun. Bagaimana nak bentukkan semua ni, kenalah fikir sendiri.



saya menulis blog sebab?

Aku menulis blog sebab aku suka menulis. Trafik bukan perkara yang aku titikberatkan sekarang ni. Buktinya aku tak la selalu update blog ini dan memang dah lama tak blogwalking. Tapi aku bukan kondem mereka yang selalu update blog. Tidak. Baguslah idea anda terlalu banyak dan janganlah biarkan idea tu hilang tanpa sebarang pesan.




Eh rasa macam tak layak pulak nak kongsi tips ni sebab blog saya ni bukanlah seperti blogger yang terkenal lain. Apa la sangat nak dibandingkan dengan blogger lain yang maju dan terus maju.

Tapi haruslah diingat etika dalam menulis. Apa-apa pun, please please consider perihal agama dahulu. Itu yang terutama. Janganlah terlalu ghairah menulis sehingga agama diketepikan. Salah sama sekali. Itu matlamat tak jelas.

Yang tu je la sesi merepek kali ni. Jangan buat blog sebab orang ada blog tetapi tiada matlamat jelas. Jadikan pengalaman hidup dan ilmu anda yang berharga itu sebagai suatu perkongsian berguna kepada semua pembaca. InsyaAllah.

Wassalam

Monday, January 3, 2011

Matlamat hidup (konsep 'SMART')

Kebanyakan orang tidak mengetahui apa yang diingininya dalam hidup. Mereka tiada satu matlamat yang dituju dalam hidup. Sesetengah yang lain pula mempunyai matlamat tetapi kabur. Matlamat amat penting bagi mereka yang inginkan kejayaan. Ia mentakrifkan dengan jelas apa yang mahu dicapai dalam jangka masa yang spesifik.

Matlamat hidup umpama tiang gol di dalam sebuah permainan bola sepak. Tanpanya, anda tidak fokus dan bermain tanpa tujuan. Anda akan hanya menghabiskan masa sembilan puluh mi nit berlari -lari di dalam padang. Begitulah juga dengan manusia. Manusia yang tidak tahu matlamat hidupnya umpama menghabiskan masa hayatnya di dunia tanpa tujuan.

Menurut Maxwwell Maltz, di dalam tubuh manusia terdapat satu sistem atau mekanisma dalaman yang berfungsi memandu kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Untuk mekanisma tersebut berfungsi, ia perlu kepada satu sasaran untuk ia capai. Oleh itu, kita perlu menetapkan satu matlamat spesifik yang boleh dicapai.

Tanpa matlamat hidup yang berkesan, mungkin anda tidak akan mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila anda tidak melihat kepentingan menetapkan matlamat, anda hilang semangat untuk berusaha mencapainya. Keyakinan diri juga diperlukan bagi memastikan anda terus bersemangat.

Musuh anda yang paling besar apabila anda mahu mencapai matlamat adalah perasaan takut mencuba. Ia akan menguburkan potensi dan bakat yang anda miliki. Anda harus menerima kenyataan bahawa hidup ini penuh dengan halangan dan orang yan g berjaya adalah mereka yang berde pan dengan halangan -halangan hidup.

Apa yang dikatakan matlamat hidup yang berkesan? Satu matlamat yang berkesan boleh
dikenalpasti dengan menggunakan akronim ‘SMART’

S - Spesifik. Matlamat yang spesifik ada kayu ukur yang boleh diukur. Contohnya, ³Say a akan mendapat 8A dalam PMR pada tahun 2008´. Bilangan A boleh diukur dan ditentukan pencapaiannya.

M - Measurable (boleh diukur)

A - Attainable (boleh dicapai).

R - Realistik. Pastikan matlamat yang anda tetapkan bertepatan dengan keupayaan dan kemahiran anda. Ini kerana kegagalan mencapai matlamat yang tidak realistik akan hanya menyebabkan anda berasa hamapa dengan diri sendiri. Namun, matlamat mestilah mencabar kerana kajian telah menunjukkan bahawa matlamat yang mencabar akan menghasilkan pres tasi yang lebih tinggi.

T- Time-bounded (punyai batasan waktu). Apabila sesuatu matlamat tiada batasan waktu, ia akan hanya melengahkan anda daripada mencapainya. Penetapan suatu jangka waktu akan menjadi motivasi kepada anda untuk mencapainya dalam jan gka waktu yang ditetapkan.



Menetapkan Matlamat Hidup
Cara untuk menetapkan matlamat hidup;
1. Buatlah matlamat yang spesifik
2. Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai
3. Jadikan ia realistik
4. Tetapkan tempoh masa yang jelas dan munasabah
5. Serasi dengan jiwa
6. Pecah-pecahkan matlamat
7. Sebarkan kepada orang lain
8. Kita mesti bertanggungjawab
9. Berdisplin dan istiqamah

"Sudah menjadi fitrah masa bahawa sesuatu perkara akan berlaku dalam sesuatu masa. Oleh itu, rancanglah sesuatu"

Secara ringkasnya, ada tiga perkara utama dalam perancangan hidup.
Pertama adalah sasaran yang jelas.
Kedua perancangan.
Ketiga tindakan






Apabila kita hendak berjaya dalam hidup, lakukanlah semua perkara ini.
Matlamat (formula)

1: Keinginan
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri. Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak
akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.

2: Keyakinan
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini ³Jika kau fikirkan kau boleh,kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu´ Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple inimengandungi mesej yang amat besar! Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub« anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai« anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai. Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali
ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik.Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik! Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya. Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut. Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai - ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.

5: Cermin kan diri sendiri
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan. Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat. Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.

6: Tetapkan deadline
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun? Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri« oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja! Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja« berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.

7: Ketahui rintangan
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan -rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut. Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul


8: Ilmu tambahan
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali. Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda? Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.

9: Perancangan
Kata pakar motivasi ³Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal´ Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya andamerancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untukmenaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima. Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.

10: Bina gambaran
A picture paints a thousand words´. Beri gambaran yang jelas di fikir an anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang. Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan. Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!

11: Janji pada diri sendiri«
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang.Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.




Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu. Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak darisesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama olehkerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah ³blue print´ orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini.Tiap -tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.
Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya. Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang

2011 Matlamat Anda - Tulis, jangan tak tulis



01.01.11...Hari pertama di tahun baru masihi....Alhamdulillah....Masih diberi ruang dan peluang untuk memperbaiki diri...Hari pertama kalian?? Harap semuanya baik2 saja insyaAllah...


"Tahukah anda, di dunia hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya"



Menulis matlamat anda seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat dalam fikiran adan dan sentiasa mengingatkan anda secara sedar, ataupun separa sedar untuk anda mencapainya.

Matlamat yang tidak tertulis seumpama angan-angan sahaja (inilah angan-angan Mat Jenin masa kini). Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata dan boleh disentuh.

Anda telah membawa matlamat dalam imaginasi kepada bentuk yang anda dapat menggenggamnya ! Samalah dengan tujuan matlamat anda….Anda ingin menggenggamnya !



Seperti anda semua, saya juga mempunyai matlamat hidup dan diantaranya matlamat hidup yang saya boleh share disini :

1. Kebebasan Kewangan (duit mengalir macam air masuk ke dalam akaun anda hasil aliran tunai yang positif hasil kerja pejabat, perniagaan online, biz cake

2. Mempunyai Perniagaan Sendiri

3. Nak hidup dengan pemikiran Positif

4. Hidup bebas hutang (setelkan duit ptptn)

5. Tak nak tangguh solat (nak solat sejurus azan)

6. Mengubah penampilan diri menjadi lebih menarik (eg; nk kurangkan berat badan, nk ubah cara pemakaian, cara berkomunikasi)

7. Memberi khidmat kepada masyarakat dan menerima hormat, kuasa dan berbakti pada masyarakat

8. Dapat membantu Ibu Bapa, Keluarga, Adik-Beradik, Masyarakat & Negara

9. Dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang sempurna sehingga akhir hayat

10. Mendapat rezeki yang diberkati oleh Allah S.W.T dan menjadi JUTAWAN di dunia dan di akhirat….amin.


(p/s: antara matlamat yg saya boleh share disini – yg lain, P & C)




Semoga kita semua akan mencapai matlamat dalam hidup kita. Mulakan menulis matlamat anda dengan jelas hari ini !

Buat semua,selamat mengisi cerita 2011...Moga semuanya dipermudahkan insyaAllah...Setiap orang punya cara tersendiri,sesekali tak salah jika kita belajar dengan cara orang lain..Dari situ kita lebih menghargai siapa kita... Jom senyum...